Yayasan Darussyifa

Pembukaan Semula Kelas Pengajian Pengubatan Islam – Kumpulan 32, Darussyifa’ Bandar Baru Bangi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulilah. Syukur kepada Ilahi kerana sekian lamanya kelas pengajian Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa’ Bandar Baru Bangi bagi kumpulan 32 ditangguh dan kini disambung semula.

Pada 28 Mac 2021 minggu kedua selepas pembukaan semula kelas pengajian, kuliah disampaikan oleh penceramah Dr Azlin Azzuddin iaitu Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ Malaysia dan merangkap Ahli Yayasan Darussyifa.

Tajuk : Pengenalan Anatomi dan Fisiologi

  • Anatomi bermaksud merujuk kepada kajian saintifik iaitu struktur, sistem organ dan tisu sesuatu organisma. Ianya berkaitan binaan tubuh dan bahagian susunan organ-organ
  • Fisiologi bermaksud sifat fizikal serta interaksi tugas-tugas benda hidup. Ianya berkaitan dengan tugas/fungsi tubuh, sebagaimana sistem organ berfungsi.

Semoga dapat menjadi perawat yang ikhlas dan beramal dengan ilmu perubatan Islam yang diperolehi. Insyallah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *