PENGERTIAN LOGO
WARNA EMAS:
Warna emas adalah lambang kekayaan, kecantikan, kekuasaan dan emas juga adalah lambang kejayaan di akhirat.
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera” (Surah Al-Hajj:23)
WARNA HIJAU (MUDA & TUA):
Warna hijau melambangkan nilai-nilai Islam, alam semula jadi, cinta, harmoni, perkembangan, minda, kemakmuran, pengetahuan, kedamaian dan rimbunan kesegaran hutan.
BENTUK KUBAH:
Simbol pengabdian hamba kepada Allah. Melambangkan kekuatan dan ketinggian Islam. Visi dan Misi serta arah tuju Darussyifa yang jelas, menjadi peneraju dalam Perubatan Islam di Malaysia.
KUBAH BESAR:
Simbol kewibawaan dalam melindungi mereka yang bernaung di bawahnya. Teras aktiviti YDS berpaksikan kepada kepentingan dan keutamaan yang telah ditetapkan oleh Darussyifa khususnya dalam bidang-bidang utama (seperti yang diluluskan oleh ROC) iaitu menggalakkan pembangunan dan perkembangan agama Islam, memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan, menyediakan kaedah pendidikan dan penyelidikan tentang Perubatan Islam dan memberi khidmat Perubatan Islam yang disepadukan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.
DUA (2) KUBAH KECIL:
Kubah Kecil Pertama:
Simbol rumah yang melambangkan kebijaksanaan kepimpinan yang berwawasan, ketinggian ilmu, kewibawaan dan ketokohan serta kebijaksanaan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
Kubah Kecil 2:
Simbol rumah yang melambangkan himpunan gerak kerja dan aktiviti-aktiviti Darussyifa’ yang merangkumi penyediaan kaedah pendidikan dan pembelajaran mengenai Perubatan Islam Darussyifa’ ; menawarkan perkhidmatan rawatan penyakit berdasarkan ruqyah syar’iyyah untuk kesejahteraan dan kebahagiaan makhluk sejagat tanpa mengira bangsa dan agama baik di dalam negara Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa; melatih para pendakwah dan dai’e serta memberi bantuan kepada golongan masyarakat terbiar serta anak-anak yatim.
Gabungan dua Kubah ini juga adalah simbol yang melambangkan Rukun Islam dan Rukun Iman.
REHAL DAN AL-QURAN
Memberikan maksud Darussyifa menawarkan pendidikan dan pembelajaran yang berteraskan al-Quraan dan Sunnah dan juga simbol tangan melambangkan sedang berdoa kerana amalan dan kekuatan Perubatan Islam Darussyifa adalah melalui doa, sedangkan segala kesembuhan hanya milik Allah swt.
TAPAK KUBAH
Simbol yang melambangkanDarussyifa mempunyai tapak yang kuat dan memikul tanggungjawab untuk melaksanakan peranan sebagai peneraju utama di dalam penghayatan, pengembangan perubatan dan pengubatan Islam dan bersedia untuk memberi khidmat secara global. Semangat bekerja berpasukan dan memberi keutamaan kepada spirit de corps diantara ahli.