Permohonan bagi mengikuti Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Ke- 31, Sesi 2019 Darussyifa’ Pusat Bandar Baru Bangi kini dibuka.
Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah terbuka untuk mana-mana individu yang berminat serta memenuhi syarat-syarat permohonan. Tempoh pengajian adalah satu (1) tahun yang bermula pada awal bulan Januari tahun 2019 hadapan.
Bagi mereka yang berminat, terdapat dua (2) cara yang boleh dipilih untuk memohon iaitu:
- Mengisi Borang secara manual (Serahan Tangan/ Pos kembali ke Darussyifa’ Pusat)
- atau Dalam Talian ‘Online’ (TERHAD)
SILA BACA terlebih dahulu MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN (Klik sini) & Info Lanjut atau pergi ke Menu di bahagian atas laman web Darussyifa’: Pelajar > Bandar Baru Bangi
Yuran: RM750.00 (Pengajian sepanjang SETAHUN)
Tutup permohonan: 31 OKTOBER 2018 (Rabu)
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR KUMP-31 SESI 2019
DARUSSYIFA PUSAT, BANDAR BARU BANGI.