VISI YAYASAN DARUSSYIFA
“Memperkasa dunia perubatan dan amalan pengubatan Islam, meningkatkan syiar Islam dan menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan”
MISI YAYASAN DARUSSYIFA
(1) Membantu membina masyarakat Malaysia yang sihat, sejahtera dan progresif tanpa mengira agama dan bangsa.
(2) Membantu dalam penubuhan Kompleks Pusat Rawatan, Pendidikan, Penyelidikan dan Pembangunan Islam.
(3) Mengantarabangsakan perubatan dan amalan pengubatan Islam.
(4) Menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.
(5) Membendung dan mengatasi masalah berlakunya penyelewangan dan pergeseran aqidah dalam masyarakat Islam di Malaysia.
(6) Menyediakan kemudahan bantuan kewangan untuk pelajar khususnya dalam bidang Perubatan Islam.
OBJEKTIF PENUBUHAN
(1) Melaksanakan pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan awam seperti bantuan perubatan dan guaman kepada mangsa bencana, fakir miskin dan orang kurang upaya.
(2) Mengatur, melaksana dan menyokong program peningkatan kedudukan ummah Islam dengan penekanan kepada aktiviti pendidikan dan kesihatan terutamanya memberikan perkhidmatan pengubatan Islam kepada sesiapapun tanpa mengira bangsa dan agama.
(3) Membantu kanak-kanak dan belia terutamanya anak terbiar dan yatim di dalam pengajian Quran dan Tahfiz.