Majlis Zikir Terbuka Darussyifa’ Bandar Baru Bangi 2019

“(Iaitu) orang-orang yang beriman & tenang tenteram hati mereka dengan Zikrullah,
Ketahulah dengan “Zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia”
Surah Ar-Ra’d, Ayat 28:

Dalam meraikan permintaan masyarakat awam kepada rangkaian Zikir yang diamalkan oleh Darussyifa’. Satu program mingguan (Khamis Minggu Ke-2) setiap bulan telah dianjurkan bagi mengalakkan budaya amalan berzikir di kalangan masyarakat awam dan juga pengunjung-pengujung yang pernah hadir ke Darussyifa’. Ia juga merupakan majlis kesinambungan yang telah dipersetujui oleh Allahyarham Tuan Guru Dr. Haron Din serta dipimpin sendiri oleh beliau sebelum ini, atas memenuhi permintaan mereka yang bukan ahli Darussyifa’ untuk turut dapat bersama zikir secara berjemaah.

Oleh yang demikian, Majlis Zikir yang dianjurkan ini adalah terbuka buat semua Muslimin dan Muslimat, dan ianya adalah buat mereka yang ingin melazimi diri dalam memperbaiki amalan untuk diri sendiri, pasangan suami isteri, anak-anak, ahli keluarga, dan seterusnya masyarakat.

Amalan berzikir merupakan amalan yang amat dianjurkan. Di Darussyifa’ ia menjadi kebiasaan dikalangan Perawat, Ahli, dan Pelajar. Di Darussyifa’ Pusat Bandar Baru Bangi, ia dilakukan secara berjemaah dalam Majlis Zikir khusus untuk Ahli Darussyifa’ dan Pelajar sahaja pada hari Isnin Malam setiap minggu.

Walau bagaimanapun Majlis Zikir Terbuka yang dianjurkan ini, adalah terbuka untuk umum. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput dan digalakkan hadir untuk zikir secara jemaah bersama-sama.

Surah Al-Baqarah, Ayat 152:


“Oleh itu ingatlah kamu kepada Ku, supaya Aku membalas dengan kebaikan;
dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat Ku)”

  • Khamis Minggu Ke-2 setiap bulan
  • Bermula dengan Solat Maghrib berjemaah
  • Diikuti: Solat Hajat, bacaan surah Yassin, Ruqyah Asas 1/2/3, Rangkaian Zikir, & Solat Isyak
  • DEWAN SOLAT TINGKAT ATAS,
    DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI, SELANGOR D.E.

Ruqyah & rangkaian Zikir yang di amalkan di majlis berkenaan boleh diikuti daripada Buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam yang disusun oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *