Definisi Logo Darussyifa’ Malaysia

MAKNA BENTUKNYA

Logo ini memaparkan 5 (lima) unsur utama dari segi bentuknya seperti berikut:

1. Melengkung diatas ialah ayat Al-Quran, sebahagian daripada Ayat 82, Surah Al-Israa’;

Terjemahan;Dan Kami turunkan dari (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan

2. Bulatan yang melambangkan Bumi bagi menyatakan Agama Islam dan Ilmu itu bersifat universal.

3. Senaskah kitab yang terbuka dibahagian atas dalam bulatan melambangkan Kitab Suci Al-Quran yang menjadi pedoman hidup umat Islam. Ia juga melambangkan Al-Quran sentiasa diamalkan ajarannya untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

4. Susunan 6 jilid buku dibawah Al-Quran melambangkan sunan sittah iaitu 6 Kitab Hadith yang sering dirujuk oleh Umat Islam seperti berikut:

(i) Bukhari
(ii) Muslim
(iii) Abu Daud
(iv) Nasaie
(v) Tirmizi
(vi) Ibnu Majah

5. Simbul dua tangan yang sedang berdoa‘ ini melambangkan sifat manusia dalam keperluannya berikhtiar dengan berdoa’ dengan yakin dan ikhlas kepada Allah SWT semoga disembuhkan penyakit. Dalam unsur keikhlasan ini terdapat tuntutan untuk sabar menghadapi dugaan serta bersyukur setelah mendapat kejayaan.

MAKNA WARNANYA

Logo ini mempunyai 3 (tiga) warna rasmi iaitu;

1. Warna Emas, melambangkan niat ikhlas yang paling berharga dalam kehidupan manusia disisi Allah SWT.

2. Warna Hijau Muda, melambangkan tumbuh-tumbuhan dibumi yang dicipta oleh Allah SWT yang banyak dimanfaatkan sebagai suatu ikhtiar bagi tujuan penyembuhan.

3. Warna Biru, melambangkan simbol air yang digunakan untuk pengubatan Islam dan juga melambangkan kelembutan, ketenangan dan kesejahteraan.

Keseluruhannya, logo ini melambangkan konsep Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan hidup, untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Ianya merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan juga sebagai penyembuh kepada berbagai masalah penyakit rohani dan jasmani yang sentiasa dihadapi oleh manusia.

About Author

About Author:

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *