Setelah akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (Akta 775) diluluskan di Parlimen Malaysia pada tahun 2016, semua jenis amalan perubatan di Malaysia telah berada di bawah seliaan dan pantauan akta-akta masing-masing.
Akta 775 digubal untuk mengawal dan memantau semua amalan-amalan perubatan tradisional dan komplementari. Dengan kata lain, selepas akta ini, tiada lagi amalan perubatan selain perubatan alopati yang boleh beroperasi melainkan tertakluk di bawah seliaan Akta 775. Bagi perubatan moden (alopati), ia telah lama berada di bawah Akta Perubatan 1971, Akta Pergigian 1971 lain-lain akta yang berkaitan.
Ada tujuh (7) bidang amalan yang diiktiraf oleh Akta 775 iaitu:-
- PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
- PERUBATAN TRADISIONAL CINA
- PERUBATAN TRADISIONAL INDIA
- HOMEOPATI
- KIROPRAKTIK
- OSTEOPATI
- AMALAN PENGUBATAN ISLAM
Amalan yang selain daripada tujuh senarai di atas hendaklah membuat permohonan untuk mendapat pengiktirafan ataupun untuk berada dibawah salah satu daripada yang tersenarai ini.
Bermula 1 Mac 2025, pewartaan penuh penuh kesemua komponen-komponen di dalam Akta 775 akan dilakukan. Ini termasuk bahagian peraturan dan denda-denda yang akan dikenakan kerana perlanggaran. Antara senarai denda dan hukuman adalah seperti berikut:-
- Mengamal di luar bidang yang didaftarkan – Denda RM30,000 hingga RM50,000 atau 2 hingga 3 tahun penjara.
- Menjalankan rawatan tradisional/komplementari tanpa mendaftar – Denda RM30,000 hingga RM50,000 atau 2 hingga 3 tahun penjara, halangan 2 tahun.
Perawat-perawat boleh mula mengisi dan menghantar borang pendaftaran kepada BPTK Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila muat-turun borang pendaftaran di:-
https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/upload/smptk/pendaftaran/compilation4b_tidakberdaftar.pdf
Perawat perlu menghadiri taklimat Akta 775 yang dijalankan oleh KKM sebelum dibenarkan menghantar borang permohonan. Jadual taklimat secara atas talian oleh KKM boleh didapati di pautan berikut:-
https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/taklimat-akta2016
Maklumat lanjut akan diberikan di dalam artikel seterusnya dalam siri ini. Untuk sebarang pertanyaan, sila bertanya di ruang “comments”.
Artikel seterusnya: –
KKM2: Langkah-langkah Mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
KKM-3: Panduan Mengisi Borang A, B ,C, E dan Perakuan Pengalaman