DIBUKA: Ambilan Pelajar Kump-3 (2018) Darussyifa’ Negeri Sembilan

MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING

 

TARIKH-TARIKH PENTING:

  1. Tarikh Tutup Permohonan: 30 NOVEMBER 2017
  2. SETIAP PEMOHON yang telah menghantar permohonan (Pos/ Serahan Tangan/ Online) SECARA AUTOMATIK dikehendaki hadir terus untuk SESI TEMUDUGA di SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM (SRIDU) pada 10 DISEMBER (AHAD) di antara jam 8.30PAGI -11.00PAGI.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:-

  1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan BORANG YANG DISEDIAKAN.
  2. Borang permohonan mestilah diisi dengan LENGKAP dengan tulisan yang JELAS menggunakan PEN.
  3. Pemohon mestilah BERAGAMA ISLAM.
  4. Berumur 18 TAHUN DAN KE ATAS.
  5. Pemohon yang BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat pemohon BOLEH MEMAHAMI DAN BERTUTUR dalam Bahasa Melayu.
  6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan SATU (1) KEPING GAMBAR PASPORT TERKINI & SATU (1) SALINAN KAD PENGENALAN pemohon. (Dibawa semasa sesi temuduga)
  7. SETIAP PEMOHON yang membuat dan menghantar permohonan, WAJIB MENGHADIRI SESI TEMUDUGA yang ditetapkan. Ini perlu bagi Darussyifa’ memastikan calon dinilai dengan baik bagi persediaan yang berkaitan sepanjang tempoh setahun kursus pengajian yang dijalankan.

 

HAL-HAL BERKAITAN PENGAJIAN

  1. Pemohon yang berjaya temuduga hendaklah BERSEDIA MENJELASKAN yuran pengajian yang berjumlah RM850.00 (SETAHUN) Ia melibatkan kos-kos berkaitan seperti kelengkapan pengajian, set buku teks, fasiliti pelajar dan juga yuran ahli seumur hidup (Selepas selesai diijazahkan)
  2. Semasa HARI PENDAFTARAN (Akan dimaklumkan kelak), yuran MINIMUM yang perlu dijelaskan adalah RM350.00. Jumlah berkenaan membolehkan Pemohon mendapat kelengkapan pengajian, set buku teks, dan akses pelajar.
  3. BAKI yuran pengajian boleh DIJELASKAN SECARA BERANSUR-ANSUR kepada Bahagian Kewangan SEBELUM tarikh 30 OKTOBER 2018. Pelajar yang gagal menjelaskan baki yuran tanpa sebarang usaha yang munasabahbagi meneruskan pengajian di Darussyifa’, akan digugurkan nama dari Daftar Pelajar.
  4. Pemohon yang berjaya temuduga juga perlulah BERSEDIA untuk MEMATUHI MASA PENGAJIAN serta mampu memenuhi takwim kuliah. Tempoh pengajian adalah SATU (1) TAHUN yang bermula pada AWAL JANUARI 2018. Kuliah pengajian akan berlangsung pada SETIAP HARI SELASA MALAM RABU untuk sepanjang tahun yang mana ia akan bermula dengan SOLAT FARDU MAGHRIB SECARA BERJEMAAH bertempat di DEWAN SOLAT SRIDU, PAROI, NEGERI SEMBILAN.

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:

  1. POS/ SERAHAN TANGAN: Menggunakan borang permohonan yang BOLEH DIAMBIL DI:
    i. Pusat Rawatan Kecil Darussyifa Margosa
    ii. Pusat Rawatan Kecil Darussyifa Seremban 2 dan
    iii. Pusat Rawatan Kecil Darussyifa KLIA, Kg Jijan
  2. PENDAFTARAN ONLINE : Melalui laman web http://www.darussyifa.org di bahagian Pelajar> Negeri Sembilan> Pendaftaran Online

PERMOHONAN ONLINE
(Klik gambar poster di bawah ini)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke:
Ust Shamsuddin : +6019-654 5119
Ust Hasbi : +6017-357 5802
Ustzh Normalina : +6018-984 7894