Maklumat Penting Permohonan Kump-30 sesi 2018

**Berikutan berlaku gangguan teknikal, permohonan bagi ambilan Kump-30 Darussyifa Pusat Bandar Baru Bangi dilanjutkan.

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:

  • 1. POS/ SERAHAN TANGAN : Menggunakan borang permohonan utama yang BOLEH DIAMBIL DI pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi, atau MUAT TURUN di laman web di bahagian Pelajar > Bandar Baru Bangi > Muat Turun Borang dan setelah diisi lengkap boleh dipos/ dihantar ke alamat:

PERSATUAN PERUBATAN, PENGUBATAN, & KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(U/P: Unit Pengambilan Pelajar Kump-30 Darussyifa’ Pusat)
No 5. Jalan 1/7D,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

  • 2. PENDAFTARAN ONLINE adalah TERHAD kepada PERMOHONAN AWAL. Ia boleh dibuat melalui laman web http://www.darussyifa.org di bahagian Pelajar> Bandar Bangi Bangi> Pendaftaran Online

 

TARIKH-TARIKH PENTING:

  • 1. Tarikh Tutup Permohonan: 31 OKTOBER 2017 (Dilanjutkan)
  • 2. SETIAP PEMOHON yang telah menghantar permohonan (Pos/ Serahan Tangan/ Online) SECARA AUTOMATIK dikehendaki hadir terus untuk SESI TEMUDUGA di Darussyifa‘ Pusat (alamat di atas) pada salah satu tarikh iaitu 11 atau 12 NOVEMBER 2017 (SABTU atau AHAD) di antara jam 8.00PAGI hingga 10.00PAGI.
  • 3. Sebarang hebahan dan maklumat terkini pengambilan, sila layari web  http://www.darussyifa.org

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:-

  • a. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan BORANG YANG DISEDIAKAN. (**Bagi borang serahan tangan atau pos)
  • b. Borang permohonan mestilah diisi dengan LENGKAP dengan tulisan yang JELAS menggunakan PEN. (**Bagi borang serahan tangan atau pos)
  • c. Pemohon mestilah BERAGAMA ISLAM.
  • d. Berumur 18 TAHUN DAN KE ATAS.
  • e. Pemohon yang BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat pemohon BOLEH MEMAHAMI DAN BERTUTUR dalam Bahasa Melayu.
  • f. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan SATU (1) KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT TERKINI & SATU (1) SALINAN KAD PENGENALAN pemohon.
  • g. SETIAP PEMOHON yang membuat dan menghantar permohonan, WAJIB MENGHADIRI SESI TEMUDUGA yang ditetapkan. Ini perlu bagi Darussyifa’ memastikan calon dinilai dengan baik bagi persediaan yang berkaitan sepanjang tempoh setahun kursus pengajian yang dijalankan.

 

HAL-HAL BERKAITAN PENGAJIAN

  • i. PEMOHON BERJAYA diminta hadir pada HARI PENDAFTARAN yang akan dimaklumkan bersama-sama senarai pemohon LULUS TEMUDUGA melalui web Darussyifa’ di http://www.darussyifa.org
  • ii. Pemohon yang berjaya temuduga hendaklah BERSEDIA MENJELASKAN yuran pengajian yang berjumlah RM700 (SETAHUN) Ia melibatkan kos-kos berkaitan seperti kelengkapan pengajian, set buku teks, fasiliti pelajar dan juga yuran ahli seumur hidup (Selepas selesai diijazahkan)
  • iii. Semasa HARI PENDAFTARAN (Akan dimaklumkan kelak), yuran MINIMUM yang perlu dijelaskan adalah RM350.00. Jumlah berkenaan membolehkan Pemohon mendapat kelengkapan pengajian, set buku teks, dan akses pelajar.
  • iv. Baki yuran pengajian boleh DIJELASKAN SECARA BERANSUR-ANSUR kepada Bahagian Kewangan SEBELUM tarikh 30 JUN 2018. Pelajar yang gagal menjelaskan baki yuran tanpa sebarang usaha yang munasabah bagi meneruskan pengajian di Darussyifa’, akan digugurkan nama dari Daftar Pelajar.
  • v. Pemohon yang berjaya temuduga juga perlulah BERSEDIA untuk MEMATUHI MASA PENGAJIAN serta mampu memenuhi takwim kuliah. Tempoh pengajian adalah SATU (1) TAHUN yang  bermula pada AWAL JANUARI 2018. Kuliah pengajian akan berlangsung pada SETIAP HARI ISNIN MALAM SELASA untuk sepanjang tahun yang mana ia akan bermula dengan SOLAT FARDU MAGHRIB SECARA BERJEMAAH di Dewan Kuliah Tingkat Atas, Bangunan Darussyifa‘ Pusat, Bandar Baru Bangi.

Klik sini untuk
MUAT TURUN BORANG RASMI
:::PERMOHONAN MANUAL MENGGUNAKAN BORANG MASIH DIBUKA:::

Sila ke KAUNTER KHAS semasa Hari Temuduga & sila bawa
– SATU (1) SALINAN MYKAD &
-SATU (1) GAMBAR PASPORT TERKINI

&

Permohonan Online telah DITUTUP

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke:
Pejabat Darussyifa’: +603-8925 0443

Juga boleh hubungi atau WhatsApp:
Tuan Haji Hisham : +6012-329 2792
Saudara Zafran : +6012-680 7992
Saudara Alif : +6019-700 3574
Dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

E-mel:
pengambilanpelajar.bangi@darussyifa.org