Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din Telah Kembali Kerahmatullah
Tanggal: Wednesday, 05 October 2016
Topik: Pengumuman Urusetia Darussyifa'


Dengan teramat dukacitanya dimaklumkan, yang dikasihi Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah kembali kerahmatullah pada jam 7:02 Petang (15-Sep-2016 - Waktu San Francisco USA) bersamaan jam 10:02 Pagi (16-Sep-2016 - Waktu Malaysia) pada usia 76 Tahun.

||||||||||||||||||||||||||||||||

(16-Sep-2016 @ 3:07 Waktu Malaysia): Jenazah Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din disemadikan di California USA. Ahli keluarga almarhum Tuan Guru mempunyai beberapa pilihan termasuk pilihan untuk membawa jenazah balik ke Malaysia. Bagaimanapun semua pilihan ada kebaikan dan keburukannya, sangat sukar bagi mereka untuk membuat keputusan, dengan hati yang sangat berat mereka memilih untuk menguruskan jenazah almarhum dengan sempurna dan cepat. Almarhum Tuan Guru telah berpesan beberapa kali kepada anak-anak beliau bahawa di mana beliau menghembuskan nafas terakhir, di situlah beliau akan disemadikan.


Jenazah dimandikan dan dikafankan bermula sekitar jam 10 pagi (16-Sep-2016 - waktu California) bersamaan 1 Pagi (17-Sep-2016 - Waktu Malaysia)

Jenazah disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid An Nur, Santa Clara California (Sekitar jam 1:45 petang, 16-Sep-2016 Waktu California)

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm, Livermore, California.








Artikel dari DARUSSYIFA' ONLINE
http://www.darussyifa.org

URL:
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=150