PEMBEDAHAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL USA
Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr.
Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di
Stanford Hospital, San Francisco, USA. Proses pembedahan jantung
bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan
dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian. Kemudian dijangkakan mengambil masa sebulan untuk pulih sebelum boleh pulang ke tanah air.
Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku
Dalam Doa Mu"
KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA (KOPI-01) DIJANGKA AKAN BERLANGSUNG PADA BULAN OGOS 2012.
BERIKUTAN ITU, KAMI MEMPELAWA MANA-MANA AHLI DARUSSYIFA' YANG BERMINAT DAN SECARA SUKARELA UNTUK MEMBANTU MELAKSANAKAN KONGRES TERSEBUT.
NYATAKAN MAKLUMAT ANDA (Nama penuh, no. ahli, no. telefon, emel,
pekerjaan dan bidang kepakaran/pengalaman anda)
DAN EMELKAN KEPADA SAYA
(abdullahyusof61@gmail.com) ATAU SMS 013-6720840. Mesyuarat pertama akan diadakan
dalam tempuh terdekat.
T.KASIH
DR. ABDULLAH YUSOF
(Pengarah Kongres –KOPI-01)
BUKU TERBARU TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN (TERBITAN 2011)
Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita
SOALAN YANG SELALU DITANYA
============================================== SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH ORANG RAMAI YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN DI DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI ==============================================
1. Adakah saya perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke Darussyifa'? Jawapannya: TIDAK, Sila datang terus ke Darussyifa' mengikut waktu rawatan di Jadual Rawatan (Klik Di Sini)
2. Berapakan bayaran yang dikenakan untuk setiap rawatan? Jawapannya: TIDAK ADA BAYARAN. Perkhidmatan adalah PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa'.
Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)
Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.
(1) Adalah dimaklumkan
bahawa Pusat Rawatan Islam
Darussyifa' tidak mempunyai hubung kait dengan Pusat Perubatan Syifa’
Al-Hidayah yang terletak di Sungai Pusu, Gombak.
Artis terkenal tanahair yang bernama Saudara Ashraf Muslim
juga tidak
pernah menjadi ahli Darussyifa'. Kenyataan ini dibuat
kerana beberapa blog telah melaporkan bahawa
Saudara Ashraf Muslim sekarang terlibat dengan rawatan Islam
Darussyifa' Gombak.
(2) Adalah dimaklumkan bahawa, Ustaz Mohd Tirmizi Zainal
bukan ahli
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'),
beliau
pernah mendaftarkan diri untuk menghadiri Kursus Pengubatan Islam
Darussyifa' cawangan Kuching Sarawak pada akhir tahun 2009 tetapi telah
menarik diri dan tidak menamatkan kursus tersebut. Kenyataan ini dibuat
kerana ada blog yang melaporkan bahawa Ustaz Mohd Tirmizi Zainal adalah
ahli Darussyifa' Malaysia.
Sekian, dimaklumkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Haji Jufry di 019-363
4124
CERAMAH MAULIDUR RASUL 1433H OLEH TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Ceramah Maulidur Rasul 1433H oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Di Masjid Al-Falah USJ - Bhg 1/5
MAJLIS PENGIJAZAHAN PELAJAR PENGUBATAN ISLAM KUMPULAN KE-23 (DARUSSYIFA’ PUSAT)
MAJLIS PENGIJAZAHAN PELAJAR
PENGUBATAN ISLAM KUMPULAN KE-23 (DARUSSYIFA’ PUSAT) SESI 2011.
Pada hari Ahad 8-Januari-2012, Majlis Pengijazahan Pelajar-pelajar
Pengubatan Islam Darussyifa’ Pusat Kumpulan ke-23, telah berlangsung di
Dewan Nik Mohyiddin Musa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus
Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi.
Daripada 450 pelajar yang mendaftar sebagai pelajar setahun yang lalu,
hanya 308 sahaja (231 Muslimin & 77 Muslimat) yang telah layak
untuk diijazahkan. Yang bakinya seramai 142 orang tidak diijazahkan
disebabkan oleh tiga factor iaitu; (1) Tidak Cukup Jumlah Kehadiran (2)
Tidak Lulus Ujian Tasmek (3) Menarik Diri.
Tetamu terhormat yang turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Berhormat
Dr. Shafie Abu Bakar, Adun Bangi.
Majlis Pengijazahan bermula dengan graduan mendaftarkan diri bermula
jam 7:30 pagi.
Aturcara Penuh Majlis Pengijazahan adalah seperti berikut;
Tema: “Ke Arah
Memperkasa Jatidiri
Perawat dan Permurnian Rawatan”
Simposium yang
julung-julung kali diadakan ini telah berjaya dilaksanakan
pada hari Ahad, 7-Januari-2012. Program yang bermula dari jam 8 pagi
dan
berakhir pada jam 4:30 petang telah dihadiri seramai 1000 orang perawat
Darussyifa’ dari seluruh Malaysia.
Persatuan
Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) telah
menzahirkan komitmen untuk mengadakan simposium ini sebagai salah satu
aktiviti
penting bagi memantapkan lagi perjalanan persatuan, pusat-pusat rawatan
dan
para perawat.
Selain itu,
simposium ini telah berjaya menghimpunkan sebahagian besar
perawat yang aktif dari seluruh Malaysia sebagai medan percambahan
fikiran dan
idea demi meningkatkan lagi kualiti amalan rawatan Islam. Resolusi dari
simposium ini dijadikan panduan yang diseragamkan sesuai dengan amanat
penting
oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Dalam simposium
ini juga telah diadakan Talaqi Musyafahah di antara Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din dengan semua yang hadir iaitu Tuan Guru
menurukan
Bacaan Ruqyah Asas Pengubatan Islam Bahagian 1, 2 dan 3 kepada semua
perawat.
Program kemuncak
ialah semua perawat bermubaya'ah
dengan
Tuan Guru Dato’ Dr.
Haron Din. Setelah Majlis Bai’ah ini, Tuan Guru telah memberikan satu
lencana
“Ahli Bai’ah” kepada semua perawat yang hadir sebagai tanda mereka
telah
berbai’ah.
"Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu."- Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Program Halaqah TV9 yang disiarkan
pada 15-Nov-2011 (Selasa)
jam 10:00 mlm hingga 11:00 mlm menampilkan dua orang ahli panel iaitu
Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din dan Dato’ Dr. Hassan Ali.
Untuk mengikuti rakaman video
rancangan ini sila klik di
youtube di bawah ini.
Nota:
Rancangan ini mengambil masa 51 minit dan
dibahagikan kepada 4 bahagian;
BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM: Y. BHG. DATO' DR. HARON DIN
Written by ICTpptm
Tuesday, 01 November 2011
Program “Bual Bicara” adalah merupakan satu bentuk program santai dan tidak terlalu formal jika hendak dibandingkan dengan lain-lain majlis keilmuan seperti konvensyen, seminar, polemik, dialog dan sebagainya. Sasaran peserta bagi program ini adalah terdiri daripada golongan peringkat pertengahan merangkumi para pelajar IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s), persatuan-persatuan dan individu-individu yang berminat.
Program ini diadakan secara kerjasama diantara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah Unit Tamadun Islam dan Tradisi Ilmu,Bahagian Adat-Adat Melayu dan Warisan, Pusat Rawatan Perubatan Islam (Darussyifa) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang yang berkenaan.
TUJUAN/OBJEKTIF
Antara tujuan utama Program “Bual Bicara” ini diadakan adalah sepertimana berikut :-
Ø Mengetengahkan tokoh-tokoh di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu keagamaan dan dakwah Islamiah.
Ø Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh keagamaan di negeri Selangor kepada masyarakat umum.
Ø Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu agama Islam oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Selangor.
Ø Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap peranan, sumbangan dan karya-karya yang telah dihasilkan oleh golongan ulama dan para cendiakawan Islam.
TARIKH DAN LOKASI
Program ini akan diadakan sebagaimana cadangan berikut :-
Tarikh : 10 November, 2011 (Khamis)
Tempat : Auditorium Daeng Chelak,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
AHLI PANEL
Ahli-ahli panel yang dicadangkan bagi menjayakan majlis berbentuk keilmuan tersebut adalah sebagaimana berikut :-
Ø PANEL 1 · Y. Bhg. Ustaz Hamdan b. Muda – Sahabat Y. Bhg. Tuan Guru
· Y. Bhg. Ustazah Salwa bt. Haron - Anak Y. Bhg. Tuan Guru
Ø PANEL 2 Y. Bhg. Dr. Abdullah bin Yusof (Panel 2)
Pengamal Perubatan di Darussyifa’Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Ø PANEL 3 Y. Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din (Tokoh)
Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Pengubatan Islam (Darussyifa’)/Timbalan Mursyidul Am PAS
Ø Y. Bhg. Ustaz Khadher bin Ahmad (Moderator) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
PENGUMUMAN: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung (30-Julai-2011)
Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengalami serangan sakit jantung sejak hari Sabtu, 30-Julai-2011. Beliau sekarang sedang mendapat rawatan di Institute Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Justeru itu, bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, bulan dimana doa sangat mustajab, marilah kita sama-sama lakukan solat hajat dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.
Doa Untuk Tuan Guru
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat-Nya dan Dialah yang menolak segala bala bencana dan kami bermohon dengan anugerah kelebihan-Nya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zat-Mu dan kemuliaan serta keagungan kekuasaan-Mu.
Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah, anugerahkanlah ke atas Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan daripada kesembuhan-Mu dan keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penyakit-penyakit yang dialami olehnya, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Kami bermohon kepada Allah yang maha agung , Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Allah menyembuhkan Tuan Guru kami.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui yang zahir dan yang rahsia daripada kami maka ampunilah kami, dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami maka tunaikanlah hajat-hajat kami , ya Karim Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Amin.
Berikut adalah maklumat terkini yang diterima daripada anak sulung dan anak ketiga Tuan Guru (Dr. Huda & Puan Salwa).
Majlis Pengijazahan Darussyifa' Pusat Kumpulan 22, 2-Januari-2011
MAJLIS PENGIJAZAHAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI KUMPULAN 22
Majlis pengijazahan telah diadakan pada 2 Januari 2011 (27 Muharam 1432H) di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din .
Seramai 243 graduan yang terdiri daripada 180 muslimin dan 63 muslimat telah diijazahkan oleh YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tenghari.
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menjadi Tetamu Kerajaan Arab Saudi Memasuki Kaabah Kali Ketiga
Pada hari Selasa, 21-Disember-2010M bersamaan 15-Muharam-1432H, kira-kira pukul 7:00 pagi waktu Makkah (waktu Malaysia 12:00 tgh), Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain memasuki ke dalam Kaabah.
Ini adalah kali ketiga Tuan Guru berpeluang memasuki ke dalam Kaabah. Kali pertama pada tahun 2001, kali kedua 5 bulan yang lalu iaitu pada 1 Syaaban 1431H (13-Julai-2010).
SHAH ALAM, 7 Dis: Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANGI SESSI 2011
PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM
PERHATIAN: Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;
Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad) Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi
Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.
2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.
Majlis Eidul Fitri di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (12-Sep-2010)
Majlis Ringkas Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 2010 Di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Ahad 12-Sep-2010 @ 8:00 Mlm ~ 10:30 Mlm)
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah mengadakan majlis ringkas Sambutam Hari Raya Eidul Fitri di rumah beliau pada hari Ahad, 12-Sep-2010 bersamaan 3-Syawal-1431H dari jam 8:00 malam hingga 10:30 malam. Majlis ini telah diadakan di halaman belakang rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Tuan Guru kelihatan begitu sihat dan ceria di majlis ini.
Dalam Majlis ringkas ini Tuan Guru telah menyampaikan ucapan selama 22 minit menceritakan tentang proses yang telah beliau lalui ketika rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA. Untuk mendengar ucapan Tuan Guru ini sila <<<KLIK DISINI>>>
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Sedang Menyampaikan Ucapan di Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Di rumah Beliau
Di antara tetamu yang turut hadir ialah Ustaz Dato' Ismail Kamus
KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573 Fax: 03-89260343
Email: kopdsyifa@gmail.com
Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768. Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)