UNIT DAKWAH PERSATUAN KEBAJIKAN & PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
PENGENALAN
|
Unit
dakwah ini ditubuhkan dibawah Perlembagaan Persatuan Kebajikan
dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPIM) pada 20hb. Mei 2003 bertempat
di Darussyifa’ , Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Tujuan
utama unit ini ialah untuk menjalankan tugas-tugas dakwah secara
terancang, sistematik dan berterusan sebagai memenuhi satu tuntutan
asas agama Islam yang mulia. Hendaklah ada didalam satu-satu masyarakat
itu satu kumpulan ahli yang menyeru kepada Islam. Unit ini antara lain
akan mengadakan satu kumpulan pendakwah bebas yang tugas khususnya ialah
menjalankan seruan tersebut. Insya’Allah. |
 |
ORGANISASI
| Unit dakwah ini berfungsi secara langsung
di bawah naungan Jawatankuasa Khas Dakwah PKPIM. Pengurusan, pentadbiran
dan perjalanan unit ini diketuai oleh seorang Pengarah dakwah. Pengarah
akan dibantu oleh beberapa pendakwah untuk memberi kursus-kursus yang
diperlukan oleh mualaf-mualaf di pusat dakwah atau di tempat-tempat lain.
Bilangan pendakwah bergantung kepada kemampuan kewangan dan infrastuktur
yang boleh diwujudkan oleh PKPIM. |
 |
PUSAT DAKWAH
Untuk
sementara waktu pusat dakwah masih lagi berfungsi di Bangunan Darussyifa'
Bandar Baru Bangi. Satu pusat dakwah tetap adalah dicadangkan di satu
tanah wakaf seluas 2 ekar yang beralamat Lot No: 2926, Mukim Dengkil, Sepang,
Selangor. Pusat ini dirancangkan lengkap dengan bangunan pejabat, rumah
transit bagi mualaf-mualaf, dewan kursus dan lain-lain
KEAHLIAN

Keahlian unit ini terbuka kepada semua ahli PKPIM dan individu
yang berminat untuk menyumbang kepada aktiviti dakwah Islam.
Yuran keahlian bergantung kepada kemampuan individu.
KEWANGAN
Sumber kewangan unit ini adalah dari semua punca yang halal termasuklah derma,
subsidi, bantuan, wakaf, serta penyumbang-penyumbang tetap bulanan dan berkala.
Bagi penderma yang memerlukan resit pengecualian cukai pendapatan, PKPIM akan
mengeluarkan resit yang diperlukan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Sumbangan masih diperlukan bagi menampung keperluan pendakwah dan pembinaan
pusat dakwah.
SUMBANGAN
Semua bentuk sumbangan bolehlah disalurkan terus kedalam akaun unit ini seperti
berikut;
| Akaun Unit Dakwah:
Unit Dakwah Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia
Bank Islam Akaun No: 12029010036913
|
atau
|
Akaun Darussyifa':
Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia<
Bank Islam Akaun No: 12029010004161
|
|