bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Carta Organisasi Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
kesembuhan
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    23441448
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • SJ024: Bolehkah berlaku sesuatu ilmu itu menyebabkan suami isteri boleh membenci antara satu sama lain?

    Soalan 1

    Kakak saya telah mendirikan rumahtangga dengan pilihannya sendiri tanpe restu ibu bapa kerana akhlak bakal suaminya tidak sesuai dengan kakak saya. Tidak lama selepas berkahwin, berlaku perselisihan yang membawa kepada perceraian. Keluarga sebelah bekas abang ipar, menuduh ibu bapa saya menjadi punca perceraian. Mereka menuduh ibu bapa saya membuat ilmu pembenci sehingga kakak bercerai.

    Dato' bolehkah berlaku sedemikian? Apakah nasihat untuk kami sekeluarga, khasnya keluarga sebelah bekas abang ipar saya. Terima kasih

    Nurul Hasanah Abu
    Parit Buntar

    Jawapan

    Perkahwinan dalam Islam adalah suatu amalan sunnah. Dituntut oleh syarak kepada yang hendak mendirikan rumah tangga, hendaklah memenuhi beberapa kriteria utama.

    Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w menyebut kriteria yang patut ada pada suami mahupun bakal isteri. Biasanya dikahwini seorang perempuan itu kerana ada empat kriteria utama, rupa paras yang cantik; keturunan yang mulia; harta benda yang mencukup dan keagamaan serta akhlaq yang sempurna. Dalam hal ini Nabi menyebut, "Pilihlah yang beragama, berakhlak dengannya kamu memperolehi untung."

    Daripada senario yang disebut dalam soalan, jelas bahawa bakal suami kakak saudari, bahawa akhlaknya tidak secocok dengan bakal isteri. Di sinilah punca letaknya kufu atau kafaa'ah yang disebut dalam kitab fekah sebagai salah satu daripada kriteria yang patut dipenuhi.

    Di samping mengutamakan kriteria keagamaan dan akhlak, keredaan atau restu ayah dan ibu amat-amat diperlukan. Kalau perkahwinan yang ketara tidak secocok kerana akhlak dan ibu ayah pula tidak merestuinya, sepatutnya tidak dilangsungkan.

    Sebabnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud),"Keredhaan Allah ada bersama dengan keredhaan kedua ibu bapa."

    Apabila ibu bapa tidak redha, maka dibimbangi akan berlaku uquq iaitu derhaka kepada ibu bapa. Allah SWT akan berada bersama dengan keredhaan ibu bapa. Jika keduanya tidak redha, maka Allah juga tidak redha.

    Perkahwinan yang sebegini, besar kemungkinan mengundang padah, atau setidak-tidaknya boleh menjadi salah satu faktor yang membawa kepada ketidakdamaian. Mungkin juga akan membawa kepada porak peranda yang berakhir dengan perceraian.

    Meskipun kita ketahui ada perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa tetapi mereka mendapat kebahagiaan dan beranak pinak.

    Tetapi yang mustahak sekali adalah fakta keagamaan. Bagi kes-kes tertentu ibu bapa tidak restu kerana faktor kedudukan kewangan bakal suami sepadan, atau keturunannya tidak secocok atau tidak sepadan, tanpa mengambil kira faktor yang utama dalam kes kufu ini adalah agama dan akhlak.

    Jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah, maka perpisahan juga termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah SWT. Apabila berlaku perceraian, biasanya orang suka melihat kepada kelemahan atau sebab musabab yang menjadi punca ia berlaku.

    Bagi kes yang saudari bawa ini, dituduh pula ia adalah angkara ibu bapa saudari, maka saya ingin menasihati dalam perkara yang sebesar ini, agar tuduh menuduh, syak mengesyaki, buruk sangka kepada seseorang adalah sifat-sifat yang dikeji oleh syarak.

    Tidak sepatutnya insan mudah meletakkan punca perceraian kerana ada orang atau pihak yang melakukan sesuatu ikhtiar atau ilmu pembenci.

    Kita harus akui, memang perceraian akan bermula daripada krisis. Ia berlaku dari sekecil-kecilnya sehingga kepada yang besar. Krisis akan menimbulkan kebencian, hilang rasa sayang, lenyap rasa kasih yang timbul hanyalah permusuhan.

    Ia boleh berlau secara tabie, di mana tidak secocok akhlak suami dengan akhlak isteri. Ataupun dengan kata lain isteri lebih kuat berpegang kepada agama, suami tidak sedemikian.

    Maka dengan sendiri apabila isteri yang lebih kuat berpegang dengan agama dalam sesuatu perkara, tidak disukai oleh suami yang tidak berpegang kepada hukum agama.

    Ianya adalah sistem nilai yang berbeza antara orang yang taat kepada Allah berbanding dengan orang yang tidak suka kepada perkara-perkara agama. Di sinilah akan berlaku pertembungan yang akan berakhir dengan perceraian.

    Ini fakta fizikal yang saya rasa lebih dekat dengan kes yang saudari bawa, maka saya fikir tidak wajar dituduh mana-mana pihak melakukan ikhtiar yang meruntuhkan sesuatu rumahtangga.

    Bagaimanapun hal ini telah berlaku, saya fikir kita harus mencari jalan damai. Jodoh setakat itu sahaja, mana tahu jodoh itu akan bersambung pada masa akan datang.

    Kerana itu maka tidak elok menyalahkan antara satu sama lain dan melemparkan tuduhan, lebih-lebih lagi jika tuduhan itu tepat dengan apa yang berlaku, ianya hanya mengundang perselisihan dan permusuhan. Kembalilah kepada prinsip asal sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.

    <Kembali ke Menu Kemusykilan Agama>

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada jawapan maka sila hubungi  nama-nama berikut;

    1. Encik Rahimi (012-2590432)
    2. Encik Hamizi (012-3153797)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)