bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Carta Organisasi Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
kesembuhan
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    23441433
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools
  • Edit Pusat Rawatan

  • SJ014: Apakah hukum mempelajari dan mengamalkan ilmu Sihir?

    Soalan

    Bolehkah Dato' terangkan apakah sebenarnya pengertian sihir dan

    1. Wujudkah sihir itu di alam nyata yang boleh kita percaya?

    2. Apakah hukum syarak mempercayai sihir itu wujud?

    3. Apakah hukumnya mengamalkan, mempelajari dan melaksanakannya?

    Mohamad Saidin
    Padang Rengas

    Jawapan

    Dalam kitab-kitab muktabar oleh ulama yang menulis dan menjelaskan tentang pengertian sihir, kesimpulannya diertikan sebagai suatu jampi mentera (biasanya berasusiasi) berurusan dengan makhluk halus (jahat) melalui proses amalan atau perbuatan halus untuk menganggu rohani dan jasmani mangsa dengan tujuan jahat menganggu dan menyakiti orang-orang tertentu.

    Ditujukan kepada fikiran atau tubuh badannya bagi memaksa mengasihi sesuatu atau menyimpan kebencian yang boleh berlaku porak peranda dalam hubungan insan yang sedang berkasih atau suamiisteri sehingga menyebabkan perceraian atau menganggu fizikal sehingga boleh menjadi penyebab kepada kematian dan sebagainya.

    Itulah pengertian umum, bahawa sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan bagi suatu tujuan yang biasanya untuk mendatangkan berbagai-bagai kemudaratan

    Pengertian atau pengenalan istilah sihir sudah menjadi sebutan umum, penyakit yang berpunca dari perbuatan orang atau suatu amalan halus yang dinamakan ilmu hitam atau black magic yang rata-ratanya ada hubung kait dengan amalan syaitan, yang membantu manusia bagi mengenakan sesuatu tujuan jahat untuk memuaskan kehendak nafsu bagi tujuan jahat.

     

    JAWAPAN PERTAMA

    Adapun tentang wujud sihir itu di alam nyata, memanglah sihir boleh berlaku di alam nyata, ianya wujud dan boleh dipercayai ia berlaku.

    Dalam al-Quranul karim, terdapat sekurang-kurangnya 67 ayat yang menyentuh tentang sihir ini. Terkenal tentang kisah Nabi Musa a.s yang terpaksa menghadapi golongan ahli sihir mahir di zaman Firaun bagi menentang Nabi Musa yang mereka juga mendakwa bahawa Musa juga ahli sihir.

    Sebelum Nabi Musa a.s banyak berlaku fenomena sihir dalam kehidupan insan terdahulu. Kisah Nabi Sulaiman a.s terdapat hal yang berkaitan dengan cerita sihir di zamannya.

    Al-Quran mendedahkan banyak ayat tentang hal sihir ini bagi menyatakan kepada manusia, ianya wujud.

    Firman Allah, "Musa a.s berkata kepada ahli-ahli sihir itu, lemparkanlah (lakukanlah) sihir anda sekelian. Tatkala mereka melakukannya, mereka menyulap pandangan ramai manusia (yang melihat) menjadikan mereka ketakutan, kerana mereka telah melakukan sihir agung yang menakjubkan." (Surah al-A'raf ayat 116)

    Firman Allah, "Mereka (membelakangkan kitab Allah) mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa sahaja yang diturunkan kepada dua malaikat; Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu, ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua; ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 102)

    Jelas dalam dua ayat ini bahawa sihir wujud dan berlaku di hadapan Nabi Allah, Musa a.s dan Sulaiman a.s, dengan perbuatan yang boleh mempengaruhi manusia supaya manusia tercengang kehairanan.

    Dalam hadis 2766, al-Bukhari dan hadis 89 al-Muslim, Nabi s.a.w menggesa umatnya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan dan salah satu daripada tujuh itu adalah perbuatan sihir.

    Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), "Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.

    Jelas kepada kita bahawa sihir memang wujud di alam nyata, bukan di alam khayalan, kita terpaksa menghadapinya.

     

    JAWAPAN KEDUA

    Apabila dinyatakan dalam al-Quran bahawa sihir wujud sejak dahulu kala sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w, berlaku setiap zaman sehingga zaman kita dan diakui oleh as-Sunnah daripada beberapa kutipan hadis sahih, maka hukum mempercayainya adalah wajib.

    Jika kita menolak sihir dengan tidak mempercayainya, bermakna kita menolak kenyataan al-Quranul Karim dengan menafikannya. Hadis sahih pun sedemikian juga.

    Sebagai seorang muslim, kita percaya benarnya al-Quran, benarnya hadis, sihir memang wujud dan wajib dipercayai.

    JAWAPAN KETIGA

    Sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan dan hukum mempelajari sihir ini, disepakati oleh ulama adalah haram kerana dalam Surah al-Baqarah ayat 102 yang saya sebutkan di atas.

    Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ilmu sihir tidak memberikan sebarang kegunaan, tiada manfaat kepada manusia.

    Ilmu ini mengundang kemudaratan yang amat besar iaitu syirik kepada Allah kerana mereka terpaksa melalukan penyembahan kepada syaitan, ilmu sihir ini haram dipelajari dan tidak boleh diamalkan.

    Haram menjadi perkara yang besar kerana sihir ini adalah ilmu untuk mengkhianati dan menganggu manusia.

     

    <Kembali ke Menu Kemusykilan Agama>

     


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: darussyifa.malaysia@gmail.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada jawapan maka sila hubungi  nama-nama berikut;

    1. Encik Rahimi (012-2590432)
    2. Encik Hamizi (012-3153797)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)